Rabu, 17 Oktober 2012


WAHAI SAYANG YANG BUKAN SAYANGKU...

Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?

Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?
Untukmu ‘sayang yang bukan sayangku’, saat aku tengah bergelut untuk lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agamaku, saat aku berusaha menyalakan kembali ghirah ke-Islamanku yang sempat redup..
Kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan untukku sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir dariku.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’ sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawabnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara.
Ya Allah Ya Ghaffaar, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.
Betapa ku memohonkan kepada-Mu..
Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘sayang yang bukan sayangku’ adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini.
**yg baik jadikan sempadan**

Pngenalan tentang saya

Hi kawan2 blogger smua.. Sihat?? hari ini saya ingin menceritakan tentang diri saya....

           Nama sy Nur Haziqah.. Kehidupan sy... ummm,,ummm,, khidupan sy ye.. pada sy hidup ni mstila baik dengan org n syg antra stu sma lain.. barulah hidup kita diberkati.. jangan bermusuh2 tak baik.. sekeras mana hati seseorang tu kalau kita lembut dengan dia msti dia ok... orang yang paling sy syg kat dunia nie.. ofcourse my family... msti korg pon sma kan?? sy ada 3 org adik beradik n smua perempuan.. so, emak n ayah sy mnjakan kami cz kAmi smua prempuan n 3 org je adik bradik.. huhu.. Alhamdulilah, sy skrg di IPG KPM... sy bersyukur sgt cz dapat gembirakan hati parents sy.. umm.. kawan?? sy jenis yg kwn dgan smua org.. tiada pilih2 kwn.. opss tak baik2... hehe... tu je la .. nanti ada masa sy stry lg ye.. :)


          Kat atas tadi kisah kawan saya, dan sekarang tentang kisah saya pulak ye.. sabar la membaca.. hehehe... Nama saya Nur Shafiqqah Binti Azhar. susah tau nak eja nama saya. nama ni mak yang letak. my lovely mom. lain kali saya letak gambar mak saya ek.. ummm, saya ni anak pertama dari 6 beradik. 3 lelaki 3 perempuan. adil dan saksama. saya ni jenis keras kepala n ego. opppssss, sori . ni realiti tau. orang yang x knal saya akan cakap saya ni sombong tau tapi ble lama dah kenal , berbeza tau.. lain kali saya sambung lagi kisah saya. saya tgh menghabiskan komik sekarang. nnt saya cerita tentang komik yang saya tgh baca ye. da... <3